Pages

May 15, 2011

keajaiban dunia

Hari-hari semakin singkat dan malamnya diselubungi kabus kelam dan hembusan angin dingin di musim sejuk. Salji pertama yang turun dari langit menandakan penghujung untuk semua yang telah dan akan berlaku.

Wonder of the world Kejayaan dan kecermelangan masa lalu tidak lagi dilihat hebat dan cemerlang dalam dunia baru ini. Ia hanyalah memori lalu di kala mereka merasa diri mereka takkan mati. Pahlawan tua duduk di samping unggun api dan mengenang semula rakan rakan yang telah gugur pada peperangan lalu. Askar askar dan kejayaan lalu telah hilang keghairahan, mereka yang masih ada memikirkan sama ada masih terdapat sesuatu yang berbaloi diperjuangkan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak akan berdiam dan melayari malam musim sejuk, pada zaman ini, zaman mereka, ini adalah sesuatu yang akan dikenang sehingga penghujung hayat.

Mereka bersumpah untuk menjelajahi dunia untuk mencari pengetahuan keajaiban masa lalu, tersembunyi di sebalik masa, di dunia yang melepasi batas kemanusiaan. Satria dan pahlawan mencari di sepanjang padang pasir, hutan dan gunung ganang, bagi mencari unsur yang hilang pada masa lalu agar kembali semula. Selepas pelbagai rintangan dan onak duri, tiba tiba seorang satria yang tidak dikenali bertemu dengan Dewi Kayangan yang muncul dan membawanya ke penemuan satu puak yang telah lama hilang namun sentiasa menjadi bualan mereka yang hidup---- Puak Natar. Natar adalah puak yang terkenal dengan tradisi dan misteri, satu bangsa purba yang sangat ditakuti kerana keganasan dalam pertempuran mereka sehingga dijadikan cerita untuk menakutkan kanak kanak sebelum tidur.

Dengan penuh kebimbangan, askar askar Travian mengucapkan selamat jalan kepada yang tersayang, mungkin untuk kali terakhir, untuk maju menghala ke kampung-kampung Empayar Natar. Beratus ribu jiwa maju ke jalan yang sesak dibawah kedinginan musim sejuk untuk menentukan takdir mereka. Tiada ketakutan pada mata mereka, tiada kekesalan, mereka tahu inilah peluang mereka, satu satunya peluang untuk meninggalkan zaman bukan dengan senyap senyap, tetapi dengan ngauman, dengan pengisytiharaan kewujudan mereka. Pengisytiharaan yang akan kekal sepanjang zaman, untuk menjadi cerita, lagu dan lagenda.

Di bawah kedinginan musim sejuk, cahaya memenuhi ruang angkasa kampung Natar yang sedia menanti kedatangan beratus ratus ribu askar Travian yang sedang maju ke arah mereka, Tentera Pembinasa dari Empayar Pembinasa bersedia mempertahankan titik berharga yang pernah membantu mereka menguasai dunia, mengetahui banyak kelebihan yang mereka ada amat penting untuk nasib dan hidup mati zaman tersebut.

No comments: